26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Johor berpotensi jadi ‘The Next Shenzhen’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JOHOR akan berkembang maju seperti bandar Shenzhen, China hasil daripada Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang giat dibangunkan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau optimis SEZ ini bakal memberikan limpahan ekonomi kepada Johor, serta menjadikan Johor sebagai ‘The Next Shenzhen’ dengan mengambil contoh model SEZ Shenzhen, 1980.

“Dalam tempoh hanya empat dekad, Shenzhen telah berubah menjadi bandar ketiga terbesar di China, dengan mencatatkan KDNK berjumlah RMB 3 trilion mengatasi Hong Kong pada tahun 2021.

“Selain itu, populasi penduduk turut meningkat daripada 300,000 kepada 17 juta penduduk.

“Syukur Alhamdulillah, menerusi Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-15, saya telah menjawab soalan daripada Ketua Pengimbang, YB Andrew Chen Kah Eng berkenaan pelaksanaan SEZ.

Advertisements

“Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) kali ke-16, Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi mengkaji penubuhan SEZ Johor-Singapura.

“Insya-Allah, pada Oktober ini YAB Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura akan menghadiri Leader’s Retreat Malaysia-Singapura.

“Satu perbincangan khas akan dilaksanakan, disusuli dengan persetujuan Terma Rujukan (Terms of Reference),”katanya.

Beliau berkata, dengan penglibatan semua pihak untuk meningkatkan nilai perdagangan, peluang pekerjaan, pelaburan dan keberkesanan pentadbiran, SEZ Johor-Singapura juga boleh berjaya seperti Shenzhen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan