25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Hubungan Malaysia, Arab Saudi masuk lembaran baharu – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBELUM mengakhiri lawatan kerja ke Arab Saudi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima menghadap Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman di Istana Yamamah, Riyadh.

Perdana Menteri berkata, perbincangan mereka melibatkan isu dua hala kedua-dua negara dalam suasana mesra dan persahabatan yang utuh.

“Saya melontar penghargaan dan menjunjung kebijaksaan Arab Saudi dalam menganjurkan Sidang Kemuncak yang mempertemukan kedua-dua rantau yakni ASEAN dan Negara-Negara Teluk (GCC) untuk kesekian kalinya.

“Ia menjadi platform tepat dalam memperkukuh kerjasama di lapangan politik, ekonomi, sosio-budaya dan juga keselamatan, selain memberi penekanan pada isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Kami bersetuju mempertingkat hubungan dua hala ke peringkat Perkongsian Strategik Malaysia-Arab Saudi meliputi pelbagai lapangan, termasuk penganjuran Majlis Penyelarasan Malaysia-Arab Saudi (SMCC), lapangan tenaga hijau di bawah Inisiatif Hijau Arab Saudi (SGI) dan pelaburan strategik,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Anwar berkata, isu penting lainnya yang disentuh ialah isu Palestin dan kemanusiaan.

“Saya turut menegaskan agar kita berusaha untuk menghentikan keganasan dan pembenihan kefanatikan yang pastinya akan memburuk keadaan dan menambah kesengsaraan warga Palestin,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia menjemput Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia yang dijangka akan diadakan pada sekitar Januari depan.

“Saya punyai keyakinan yang tinggi bahawa hubungan istimewa Malaysia dan Arab Saudi kini telah memasuki lembaran baharu yang lebih erat dan kukuh atas dasar dan pendekatan keuntungan bersama (win-win),” jelas Anwar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara T15 dan si mahakaya: Siapa hilang kelayakan subsidi?

Oleh DR MUHAMMAD ASHRAF KHALID BARU-BARU ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan