34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PM beri sumbangan kepada anak mangsa nahas enam sekeluarga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEHILANGAN enam ahli keluarga yang tersayang dalam sekelip mata merupakan satu ujian besar yang terpaksa ditempuh seorang remaja, Abdul Rahman Amir Ruddin, 19.

Namun, kesedihan pemuda itu selepas kehilangan ayah, ibu dan empat adiknya sedikit terubat apabila menerima kunjungan daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook berkata, kehadiran Ahmad Farhan adalah bagi mewakilinya menyampaikan sumbangan bagi meringan beban yang ditanggung anak sulung mangsa kemalangan itu.

“Ahmad Farhan turut menyampaikan sumbangan dari pihak saya bagi mereda ujian dan beban yang ditanggung Abdul Rahman.

Advertisements

“Saya mohon teman-teman untuk turut bantu dan mendoakan buat Abdul Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadai ujian-Nya. Semoga ahli keluarganya dikurniakan keampunan dan diberi tempat yang istimewa di sisi-Nya,” doa Perdana Menteri.

Abdul Rahmah kehilangan enam ahli keluarganya selepas kereta Perodua Alza yang dipandu bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, minggu lalu.

Turut terkorban ibunya, Norahimah Noor Muhammad, 43 dan empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Seorang lagi adiknya, Abdullah, 15, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat, Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan