26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Alami masalah keguguran rambut, Tasha Shilla lancar Nyla Beauty

Mesti Baca

LAMA berehat daripada lakonan sejak berkahwin, pelakon Tasha Shilla kembali aktif tetapi kali ini sebagai usahawan.

Tampil dengan produk penjagaan rambut, Nyla Beauty adalah produk yang direka khas untuk ibu dan anak-anak.

Memilih produk berkenaan sebagai barangan pertama yang dijual, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, produk ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya sendiri.

Tasha mengakui melalui pengalaman keguguran rambut selepas bersalin dan ilham tercetus daripada apa yang dilaluinya.

Menerusi Nyla Beauty, Tasha mengeluarkan Scalp Energizing Tonic dan Little One Hair Serum.

Tasha berkata, masalah keguguran rambut sering berlaku sekitar dua hingga tiga bulan selepas bersalin dan mungkin juga ia turut dialami oleh ibu-ibu lain.

“Pengalaman ini menjadi satu inspirasi buat saya dan melihat penemuan dua produk penjagaan rambut ini yang berinovatif.

Advertisements

“Saya ingin ibu dan wanita di luar sana tangani masalah keguguran rambut secara amalan harian dan mempunyai rambut yang cantik, sihat dan lebat,” katanya.

Tasha berkata, sebagai seorang ibu, dia merasakan tanggungjawab yang penting dalam memastikan anak-anaknya tampil dengan rambut yang sihat dan bermaya tanpa perlu menggunakan bahan kimia merbahaya.

“Selepas hampir setahun usaha gigih untuk menyempurnakan produk ini, saya sangat gembira kerana dapat berkongsi penyelesaian terbaik untuk penjagaan rambut bagi ibu dan si kecil.

“Dengan tumpuan pada pemeliharaan rambut yang sihat dan meningkatkan keyakinan diri, produk-produk Nyla Beauty dirumus secara teliti menggunakan bahan-bahan terpilih untuk menyelesaikan masalah bagi pelbagai jenis rambut,” katanya.

Setiap produk diformulasikan dengan gabungan ekstrak semulajadi, vitamin dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, semuanya bertujuan untuk menangani masalah rambut tertentu sambil menjaga kelembutan untuk kulit kepala yang sensitif.

“Merawat rambut yang kuat dan sihat bagi ibu dan si kecil adalah satu perjalanan bersama, di mana ia menyerlahkan keyakinan diri dan kasih sayang antara ibu dan anak,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan