33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PPIM kecam kenyataan Arun Dorasamy mengenai Modul Hadis 40

Mesti Baca

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang mempertikai dan membantah modul asal Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, dakwaan Arun mengenai lima hadis dikeluarkan termasuk hadis kelapan daripada hadis 40 itu juga sebagai melampau.

“Sebagai seorang peguam, Arun sepatutnya lebih cerdik dalam mengeluarkan kenyataan.

“Adakah KPM terlalu dungu sehingga tunduk kepada orang bukan Islam yang cuba menentukan ajaran Islam mana yang boleh diterima oleh umat Islam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Arun membuat hantaran di laman Facebook menyatakan KPM telah mengeluarkan lima hadis antaranya yang kelapan membabitkan hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah sehingga mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.

Advertisements

Dalam pada itu Nadzim menegaskan, Malaysia tidak akan mencapai keamanan dan rakyatnya pula tidak hidup dalam harmoni sekiranya orang bukan Islam terus menekan dan membuat provokasi terhadap agama itu.

Justeru, PPIM akan terus mempertahankan agama Islam dalam apa juga keadaan dan meminta semua umat Islam turut berbuat demikian.

“Tindakan Arun sama seperti jika umat Islam menyatakan ajaran agama Hindu salah dan tidak boleh diajar kepada orang beragama Hindu.

“Mungkin juga ajaran Hindu itu boleh merosakkan perpaduan, jika itu yang dikatakan umat Islam, apakah Arun akan terima,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan