25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Rosli dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan pelantikan Dr. Rosli Darmawan sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia berkuat kuasa 6 September lalu.

Menerusi kenyataan MOSTI berkata, Rosli dilantik bagi menggantikan Dr. Abdul Rahim Harun yang telah bersara pada 1 Mei.

“Pelantikan Rosli dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang pembangunan dan penyelidikan kejuruteraan berkaitan nuklear.

“Ini bagi membolehkan beliau menerajui kepimpinan di Agensi Nuklear Malaysia dan seterusnya meneruskan kecemerlangan bagi mencapai matlamat kemajuan pembangunan dan penyelidikan,” katanya hari ini.

Menurut MOSTI, Rosli mendapat pendidikan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari University of the Pacific, Amerika Syarikat pada 1990, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Sistem Pembuatan (2005) dan mendapat Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Putra Malaysia (2015). 

Katanya, beliau sebelum ini menjawat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi). 

Advertisements

“Beliau merupakan pakar nuklear dalam bidang kejuruteraan, kemudahan dan utiliti sokongan nuklear serta mempunyai kepakaran yang luas mengenai Sistem Keselamatan Reaktor Nuklear.

“Sepanjang perkhidmatan, beliau mempunyai pengalaman profesional yang berkaliber sebagai Jurutera Kawalan Mutu (Evergreen Heavy Industry), Pengurus Unit Kejuruteraan, Pengarah Bahagian Sokongan Teknikal. 

“Sebelum ini beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal) di Agensi Nuklear Malaysia.

MOSTI berkata, terdapat dua pelantikan baharu bagi jawatan Timbalan Ketua Pengarah berkuat kuasa 6 September.

“Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) sementara Ts. Dr. Ishak Mansor pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan