32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tunku Ampuan Najihah mangkat pada usia 100 tahun

Mesti Baca

BEKAS Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin mangkat dalam usia 100 tahun.

Baginda menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Cardiac Vascular, Sentral Kuala Lumpur pada pukul 6.53 pagi tadi.

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim memaklumkan, jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini selepas waktu Asar.

Advertisements

Mohd Zafir berkata tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah adalah selama satu hari iaitu pada hari ini.

“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah dalam tempoh perkabungan.

Mohd Zafir juga mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan