33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Penyanyi lagu ‘Berdiri Seorang Perindu’ meninggal dunia

Mesti Baca

PENYANYI era 80-an yang terkenal dengan lagunya Berdiri Seorang Perindu, Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras pada 3.30 petang ini.

Allahyarham yang turut dikenali menerusi lagu Mimpi Yang Tak Sudah menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu bertarung nyawa akibat kanser limfoma.

Isteri Allahyarham, Sarimah Sulaiman, 51, mengesahkan perkara tersebut kepada media dan memaklumkan jenazah suaminya itu berkemungkinan akan dikebumikan di Negeri Sembilan.

Media sebelum ini melaporkan Ibnor Riza telah menjalani pembedahan di hospital yang sama bagi membuang air di bahagian kanan kepalanya.

Rabu lalu, penyanyi tersebut sekali lagi menjalani pembedahan kerana terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya.

Allahyarham dikatakan mula mengetahui tentang kanser dihidapinya itu pada Februari tahun ini, yang sudah memasuki tahap keempat, apabila doktor melakukan pemeriksaan susulan kerana terdapat bengkak di bahagian leher.

Advertisements

Karier seni Ibnor Riza, yang merupakan seorang kakitangan awam, mula menyinar apabila beliau menyertai Bintang RTM pada tahun 1984.

Namun beliau hanya benar-benar fokus kepada bidang tersebut pada tahun 1993.

Sepanjang 23 tahun beliau mewarnai dunia seni, Ibnor Riza telah menghasilkan 13 album dan pernah menerima anugerah platinum selepas album “The Best of Ibnor Riza” terjual sebanyak 25,000 unit.

Allahyarham mempunyai seorang anak perempuan, iaitu Puteri Norizah, 32.

Sebelum ini, penderitaan yang dihadapi oleh Allahyarham telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan