25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM bukan Melayu: Tiada keperluan pinda Perlembagaan

Mesti Baca

TIADA keperluan bagi kerajaan untuk membuat pindaan terhadap Perlembagaan negara kerana semata-mata untuk memperjelaskan bahawa hanya orang Melayu yang layak menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selagi pemimpin Melayu berlaku adil, inklusif, matang dan bijaksana maka kaum lain akan memberi kepada kepada orang Melayu untuk terus memimpin negara.

“Tiada keperluan untuk meminda perlembagaan negara. Sudah 66 tahun Malaysia merdeka. Orang Melayu kekal jadi Perdana Menteri.

“Jika kepimpinan Melayu didokong oleh orang tidak matang dan tidak bijaksana maka bukan Melayu tidak perlu tunggu 100 tahun lagi untuk jadi Perdana Menteri,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenga mengingatkan para pemimpin Perikatan Nasional (PN) agar tidak memanaskan lagi isu Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu yang dimainkan oleh veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Perlembagaan yang dibawa PN berkata, tindakan sepertimana dilakukan oleh Fiji itu adalah tidak bijaksana.

“Tidak perlu cara paksa. Kita tidak perlu meniru negara Fiji. Mahendran Choudary etnik minoriti India pernah jadi Perdana Menteri Fiji.

Advertisements

“Partinya menang pilihan raya. Jeneral Rabuka buat coup detat agar etnik Fiji dapat balik jawatan Perdana Menteri.

“Apakah politik tidak bijaksana itu mahu dicontohi? Tidak perlulah PN mainkan isu ini untuk raih sokongan orang Melayu. Lupakanlah kaedah “tebuk atap” atau “langkah”. Itu pun jenis coup detat juga,” bidas Mohd Puad.

Terdahulu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya orang Melayu-Islam sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan Ahli Parlimen Machang itu hadir selepas Kit Siang membangkitkan sekali lagi isu tiada sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Ekoran itu, veteran DAP itu disiasat ekoran kandungan yang dimuat naik dalam blognya, limkitsiang.com pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Penulisan yang disiasat bertajuk Malaysian Constitution Provides For a Malaysian Dream And Not a Mono-Ethnic Dream As It Provides That a Non-Malay Can Be a Prime Minister (Perlembagaan Malaysia menjanjikan impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan Perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu daripada menjadi seorang Perdana Menteri). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan