26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bot fiber ditahan, cuba seludup benih kerang secara haram

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasa Maritim Malaysia menahan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran kerana melakukan aktiviti menyeludup benih kerang secara haram di sekitar perairan Kuala Perlis, lewat malam tadi.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, bot ronda Maritim Malaysia tiba di lokasi tangkapan ketika sedang melakukan rondaan Op Aman, Op Tiris 2.0 dan Op Khas Mardof di sekitar kawasan perairan tersebut.

Menurut beliau, bot suspek ditahan sekitar pukul 12.30 tengah malam pada kedudukan 0.95 batu nautika dari timur laut muara Sungai Perlis.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot ini berpengkalan di Kuala Perlis melakukan aktiviti menyeludup benih kerang secara haram.

Advertisements

“Bot dikemudi oleh seorang tekong warga tempatan yang berumur 48 tahun bersendirian tanpa awak-awak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebahagian benih kerang yang cuba diseludup oleh seorang lelaki di perairan Kuala Perlis. – Foto Maritim Malaysia

Mohd Hashim berkata, tekong, bot, enjin sangkut dan hasil tangkapan benih kerang yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 itu dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) dan Peraturan 9 (1) (Peraturan-peraturan Perikanan Pemuliharaan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan menjual apa-apa benih kerang tanpa kebenaran.

Beliau berkata, sebarang aduan dan laporan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan