27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Single ‘Cinta Agung’ sekadar suka-suka – Alha Alfa

Mesti Baca

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa tidak berhasrat mahu menjadi seorang penyanyi, sebaliknya pelancaran single pertamanya berjudul Cinta Agung dibuat sekadar suka-suka.

Menerusi single Cinta Agung, Alha, 34, berduet dengan pelakon Zara Zya.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bergelar penyanyi. Tujuan saya menghasilkan single ini bersama Zara Zya sekadar mahu memeriahkan industri seni.

“Sebelum ini, ramai juga usahawan lain yang turut menceburkan diri dalam bidang seni.

“Malah ada juga artis berkecimpung dalam bidang perniagaan. Apa salahnya jika saya mengeluarkan lagu sendiri dan sekadar memeriahkan industri seni sahaja,” katanya.

Alha ditemui pada majlis pelancaran single berkenaan, di ibu kota baru-baru ini.

Hadir sama pelakon Zara Zya dan Datin Seri Umie Aida.

Dalam pada itu, Alha mengakui single ini adalah hadiah sebagai tanda persahabatannya dengan Zara yang sudah terjalin sejak 10 tahun lalu.

Advertisements

Single ini adalah hadiah persahabatan buat Zara sepanjang 10 tahun kami bersahabat.

“Dia adalah ‘geng karaoke’ saya memandangkan kami suka menyanyi bersama-sama ketika watktu lapang,” katanya lagi.

Alha berkata, dia juga bersedia menerima kecaman warganet dan menganggap perkara itu adalah lumrah dalam industri hiburan.

“Saya bersedia menerima sebarang kecaman dan anggap itu perkara biasa. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun kena kecam, apa lagi saya,” katanya.

Pada majlis sama, Alha turut berkongsi perjalanan perniagaannya di mana dia turut menjadi penaja utama bagi konsert Mahalini pada Februari tahun depan.

Malah produk terbaharu keluaran Alha Alfa Cosmetics, kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.

Jenama Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi).

Alha Alfa Cosmetics juga turut memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan