Tuesday, July 21, 2026

Saya tidak akan kembali kepada UMNO buat masa ini – KJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA tidak akan kembali kepada UMNO buat masa ini,” kata Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu bakar.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di InstaStory yang turut memuat naik video ketika beliau turun berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO bagaimanapun tetap menegaskan beliau turun berkempen adalah disebabkan calon itu sendiri.

“Saya sokong Reezal Merican sebagai calon bukan (bukan sokong) BN-UMNO.

“Selagi UMNO dipenuhi dengan political eunuchs yang mengamalkan rasuah, saya takkan kembali.

“Hidup Reezal untuk N.02 Bertam,” katanya menerusi hantaran tersebut selepas turun berkempen bersama Reezal Merican di pekan lama Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, selain Reezal Merican, Khairy turut turun berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram, Datuk Harrison Hassan di Selangor, kelmarin. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan