26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Yayasan Sarawak sumbang RM10,000 untuk Pemasar USIM

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

YAYASAN Sarawak telah menyumbang geran sebanyak RM10,000 untuk Persatuan Anak Sarawak (Pemasar) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi membiayai aktiviti persatuan itu.

Geran di bawah Program Cakna Anak Sarawak itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli kepada Presiden Pemasar USIM, Muhammad Asrie Satar.

Menurut Muhammad Asrie, pihaknya akan menggunakan sumbangan tersebut bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan dirancang.

“Kami akan mengadakan program Lan Ngelala pada 25 November iaitu program tahunan sebagai sesi suai kenal antara mahasiswa dan mahasiswi Sarawak USIM di samping pelantikan ahli Pemasar baharu untuk sesi seterusnya,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di kampus USIM, di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Pelajar USIM, Prof Dr Adnan Mohamed Yusoff.

Muhammad Asrie berkata, dengan sumbangan tersebut beliau berharap Pemasar dapat bergiat lebih aktif dalam pelbagai aspek dan membantu menyelesaikan masalah yang hadapi oleh pelajar-pelajar anak Sarawak di USIM. – Wardah Rahim (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan