33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lelaki ditahan bakar mercun dalam kereta sedang bergerak

Mesti Baca

GARA-GARA membakar mercun dari dalam kereta yang sedang bergerak, seorang lelaki warga asing ditahan.

Ia susulan tular rakaman video yang menunjukkan insiden itu yang didakwa berlaku di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, ibu negara semalam.

Suspek berusia 31 tahun itu diberkas di kedai majikannya yang terletak berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata tangkapan dijalankan selepas polis mengesan satu rakaman video kejadian itu yang tular pada jam 8.30 malam tadi.

Katanya, hasil semakan polis, kejadian dipercayai berlaku pada hari sama dan rakaman video tular itu jelas memaparkan perbuatan berbahaya.

Advertisements

“Hasil siasatan mendapati suspek bekerja di sebuah kedai sayur, dan kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu adalah milik majikannya.

“Hasil semakan turut mendapati suspek tiada lesen memandu. Selain itu, semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, iaitu kesalahan menyebabkan letupan dengan niat mendatangkan bahaya kepada nyawa atau harta benda.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu diminta tampil membantu siasatan polis, termasuk boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul melalui talian 03-40482206. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan