25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MBSA lancar tabung solidariti Palestin

Mesti Baca

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat negara itu yang terkesan dengan konflik di Semenanjung Gaza.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Ir Cheremi Tarman, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, tabung itu adalah inisiatif  MBSA untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

“MBSA telah menyalurkan sumbangan permulaan sebanyak RM10,000 untuk tabung terbabit.

Advertisements

“MBSA turut menggalakkan warga kerja MBSA, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di bawah pentadbiran MBSA, dan badan bukan kerajaan (NGO) MBSA untuk membantu memberikan sumbangan bagi Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, angka korban di Palestin akibat perang antara Israel dan Hamas di Gaza telah melepasi 11,000 mangsa.

Kementerian Kesihatan Palestin negara itu berkata, sejumlah 11,078 mangsa terkorban sejak serangan meletus pada 7 Oktober yang lalu.

Angka korban itu termasuk 4,506 kanak-kanak dibunuh dalam beberapa siri serangan oleh rejim Zionis yang turut menyasarkan hospital. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan