29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Penduduk Taman Sri Muda dinasihat parkir di kawasan tinggi

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan penduduk Taman Sri Muda agar meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan tinggi bagi mengelak ditenggelami banjir kilat.

MBSA dalam satu hantaran di Facebook turut menyatakan tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda dibuka untuk orang ramai meletakan kenderaan.

“Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811,” katanya hari ini.

Dalam hantaran berlainan, MBSA turut berkongsikan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air yang dikeluarkan pada pukul 6 petang tadi.

JPS memaklumkan, berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS), terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat/ribut petir yang signifikan.

Tujuh negeri dijangka bakal berhadapan dengan banjir kilat termasuk Selangor.

Antara kawasan yang dijangka mengalami masalah tersebut di Selangor ialah di Gombak iaitu Kampung Sungai Kertas, Jalan 11C Selayang Baru, Jalan 21,23 dan 62 Selayang Baru, Kg. India Settlement, Taman Sri Selayang, Jalan 23 21 dan 62 Selayang Baru, Persimpangan Bukit Botak, Jin. Laksamana 10 Selayang.

Di Petaling pula ialah Taman Mesra, Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Lebuhraya BESRAYA, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Sri Kembangan.

Manakala, di Kuala Selangor ialah di Kampung Rantau Panjang dan Sepang di Kampung Sungai Buah Luar.

Terdahulu, sejak pukul 3 petang tadi, beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dilaporkan telah mula banjir.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan