26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

SPRM sahkan penahanan Datuk Bandar Shah Alam

MBSA memaklumkan Zamani hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor bagi membantu siasatan kes tender projek tebatan banjir berstatus mega.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, berkata Zamani ditahan tengah hari kelmarin dan dilepaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan pada hari sama.

“Beliau dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin”, katanya lapor Berita Harian.

Terdahulu, Bernama melaporkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bahawa Zamani hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada petang Rabu.

MBSA dalam kenyataan menafikan dakwaan berhubung penahanan Datuk Bandar Shah Alam itu oleh SPRM bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir dan dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.

“Datuk Bandar Shah Alam telah kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabat pada Khamis (29 September). Pihak MBSA juga ingin menegaskan bahawa akan sentiasa sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu melengkapkan siasatan dengan pihak SPRM,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan, SPRM berjaya membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek di MBSA susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan