25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Potongan 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

Mesti Baca

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025, bermula tengah malam 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir pada 11.59 malam 28 Januari.

Menteri Kerja Raya berkata, hasil persetujuan itu membawa implikasi kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta.

Beliau berkata, pemberian itu merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan oleh kerajaan bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023 lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024.

“Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024,” katanya hari ini.

Advertisements

Alexander berkata, keputusan Kabinet itu selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat selain didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan.

Bagaimana pun beliau berkata, pemberian potongan itu bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara.

Ini termasuk Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

“Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa cuti panjang ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan