29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Aidilfitri: Bantuan Khas Kewangan 49,000 pekebun kecil getah mula diagih 14 April

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 49,000 pekebun kecil getah akan disalurkan sebelum atau pada 14 April ini.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu kenyataan berkata, bantuan tersebut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah.

Jelasnya, bantuan itu akan memberi manfaat kepada 49,000 pekebun kecil dengan peruntukan keseluruhan RM9.8 juta.

Advertisements

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mac lalu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

“KPK telah mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar yang terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA,” katanya.

Dalam kenyataan sama, KPK berharap BKKA 2023 khusus kepada pekebun kecil getah ini diharapkan dapat meringankan beban golongan ini di seluruh negara dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan