27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Cubaan masuk PATI dan rompakan di laut berjaya dipatahkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili berjaya patahkan dua kejadian jenayah maritim dalam operasi khas Aidilfitri yang dilancarkan sejak Sabtu lalu.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata tangkapan pertama telah dibuat pada 9 April lalu hasil dari maklumat Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) telah mengesan kontek curiga dari perairan Indonesia.

“Aset Maritim Malaysia yang sedang beroperasi segera diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan bot kayu tersebut di kedudukan 5.4 batu nautika tenggara Tanjung Setapa pada jam 10.40 malam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot kayu tanpa nombor pendaftaran itu membawa seramai lima lelaki warga Indonesia berumur antara 29 hingga 47 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI),”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, bot dan PATI seterusnya ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan serta menjalankan penyeludupan migran.

Katanya, tangkapan kedua dilakukan sekitar jam 12.30 tengahari semalam melibatkan penahanan sebuah bot kayu di kedudukan 3.7 tenggara Tanjung Setapa kerana disyaki pecah masuk dan mencuri.

Advertisements

“Aduan telah diterima oleh Zon Maritim Tanjung Sedili pada jam 12 tengah hari daripada nakhoda bot tunda TARGET 10 yang membawa muatan besi buruk.

“Bot berkenaan dalam perjalanan ke Pulau Pinang dan memaklumkan tongkang mereka telah dihimpit beberapa buah bot lain dan dinaiki oleh beberapa suspek dipercayai untuk mencuri.

“Bertindak atas aduan, aset Maritim Malaysia segera ke lokasi dan berjaya memintas sebuah bot kayu sarat dengan muatan besi buruk yang dicuri bersama dengan enam suspek lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 51 tahun.

“Sehubungan dengan itu, kesemua mereka ditahan dan kes akan disiasat di bawah seksyen380dan 445 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta pecah masuk.

“Jika didapati bersalah, boleh dipenjara tidak lebih sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan