33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pengasas ABIM meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROFESOR Dr. Ustaz Razali Nawawi yang merupakan pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

ABIM Pusat menerusi Facebook memberitahu, Allahyarham yang juga presiden pertama ABIM meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor pada pukul 6.45 pagi tadi.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun.

“Urusan jenazah (akan dilakukan) di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Solat jenazah dijangka selepas Zohor,” katanya hari ini.

Allahyarham Ustaz Razali dilantik sebagai Presiden ABIM pertama pada 1972 yang mana kesinambungan kepimpinan beliau selepas itu diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Advertisements

Anwar menerusi hantaran di Facebook minggu lalu memberitahu beliau sempat menziarahi Ustaz Razali sebelum bertolak ke Kuala Terengganu bagi menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Malaysia Madani.

Beliau turut ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir bertanya khabar bagi mengetahui keadaan kesihatan rakan karib beliau itu.

“Sebelum ke Kuala Terengganu saya sempat menziarahi saudara saya, Al-Fadhil Ustaz Razali Nawawi, pengasas dan mantan Presiden ABIM pertama yang kini berada dalam keadaan uzur. 

“Semoga Allah memberikan afiyah dan kekuatan kepada beliau. Kepada Allah SWT kita berserah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan