29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Khairul Aming belanja baju raya, bonus untuk staf

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEBRITI masakan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman memberi kejutan kepada 60 kakitangannya sempena Aidilfiti apabila membelanja mereka baju raya dan berbuka puasa serta bonus kepada mereka.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming menutup kedua-dua kilang Sambal Nyet selama sehari pada Khamis lalu untuk meraikan kakitangannya.

Katanya, untuk membeli baju raya yang melibatkan ramai kakitangan telah memakan masa selama empat hingga lima jam bagi membeli-belah di gedung pakaian terkemuka tersebut.

“Mula-mula kami pergi beli belah baju raya, yang ini rutin wajib setiap tahun. Kesemua 60 orang (staf) yang datang pilihlah hendak baju raya, baju Melayu, baju kurung, tudung, samping, tiada masalah.

“Yang penting semua orang gembira dan puas hati dengan baju raya masing-masing. Tidak perlu sedondon pun warna satu syarikat, warna lain-lain pun tidak apalah, tiada masalah,” katanya semalam.

Selepas ke gedung pakaian tersebut, Khairul Aming berkata, kesemua staf dibawa ke kilang kononnya untuk dihadiahkan samping kepada setiap seorang.

Advertisements

Sebaliknya, usahawan itu membuat kejutan apabila menyerahkan bonus dalam sampul raya berwarna hitam yang diisi dengan puluhan keping wang bernilai RM50.

“Mereka tidak tahu sebenarnya yang kita dah sediakan bonus khas untuk Hari Raya ini jadi mereka boleh sambung beli belah, buat persediaan, hendak beli itu ini, semua boleh diselesaikan awal.

“Kita bagi bonus awal-awal. Yang keluar air mata pun ada, dengan saya pun sendiri hendak keluar air mata rasanya. Sangat hargai kerja keras mereka selama ini, inilah sebahagian rezeki yang kita kongsi dengan mereka,” ujarnya.

Khairul Aming berkata, selepas raya nanti beliau akan membawa stafnya bercuti ke lokasi yang belum ditentukan lagi.

Beliau berkata, ketika bulan puasa ini, permintaan untuk Sambal Nyet meningkat tiga kali ganda namun dia tidak menjual lebih daripada kapasiti sebab tidak mahu kakitangannya keletihan mental, emosi dan fizikal.

Mengakhiri cuti tersebut, usahawan muda itu membawa kesemua kakitangannya berbuka puasa di hotel. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan