31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

2 kapal ditahan, lakukan aktiviti tanpa kebenaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki serta tug bot sekitar jam 2.10 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan hasil risikan selama seminggu dibuat ketika rondaan rutin OP PERTIWI/OP TIRIS di 0.16 batu nautika timur perairan Persiaran Karpal Singh.

“Daripada rondaan berkenaan Maritim Malaysia telah mengesan dan menahan sebuah kapal tangki MT MEKAR JAYA dan sebuah tug bot YKP KARISHMA merapat antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kapal tangki MT MEKAR JAYA berbendera Malaysia dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda iaitu tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan berumur dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.

Advertisements

“Manakala tug bot YKP KARISHMA berbendera Thailand dikendalikan enam kru termasuk nakhoda iaitu empat warga Indonesia dan dua warga Thailand berumur dalam lingkungan 35 hingga 51 tahun.

“Kesemua kru kapal tangki dan tug bot memiliki dokumen pengenalan diri yang sah bagaimanapun mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal memaklumkan Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak Ship to Ship (STS) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu membenarkan barang kawalan iaitu diesel ditempat tidak dilesenkan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, katanya, nakhoda dan ketua jurutera kapal serta tug bot termasuk dokumen berkaitan telah dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan