Monday, July 20, 2026

Puad Zarkashi dilantik Pengerusi Sekretariat Pendidikan, Penyelidikan UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO.

Pelantikan itu dimaklumkan Mohd. Puad melalui hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, pelantikan itu telah diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung semalam.

“Terima kasih Datuk Seri Presiden (Ahmad Zahid). Malam tadi dalam mesyuarat MKT UMNO beliau mengumumkan perlantikan saya sebagai Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO.

“Insya-Allah amanah dipikul sepenuhnya,”katanya hari ini. –Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan