31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Taska didakwa dera kanak-kanak diarah tutup sementara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH taska berdaftar yang tular media sosial kerana didakwa berlakunya kes penderaan kanak-kanak diarahkan ditutup sementara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi kenyataan berkata, ini susulan pemeriksaan JKM pada 29 Mac lalu yang mendapati berlaku ketidak patuhan Akta TASKA 1984. 

Katanya, pengusaha telah diberi notis peringatan untuk membuat penambahbaikan dengan segera dan dalam proses penutupan sementara bagi tujuan menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak dan meningkatkan kualiti pengasuhan.

“KPWKM melalui JKM merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 tidak akan berkompromi mengenai keselamatan mereka.

“Adalah menjadi tanggungjawab pengusaha untuk memantau tugas pengasuh bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan taska,” katanya hari ini.

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang penjaga mendakwa berlaku pengabaian terhadap anaknya ketika di taska sehingga menyebabkan berlaku kecederaan dan terdapat tanda-tanda di badan anaknya.

Perkara itu berlaku selepas penjaga itu, menghantar anak untuk minggu pertama di taska berkenaan.

Mengulas lanjut, KPWKM berkata, sekiranya terdapat kecuaian pengasuh yang mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak, tindakan segera dengan melaporkan kepada JKM dan pihak polis perlu dibuat. 

“Dalam isu taska yang tular ini, JKM akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan kanak-kanak yang menjadi manga mendapat keadilan,” katanya.

Dalam pada itu, KPWKM meminta kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa untuk melaporkan sebarang isu berkaitan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.

“Aduan boleh dibuat kepada  PDRM atau menghubungi Talian Kasih di nombor 15999 dan Aplikasi WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari atau terus mengunjungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan