33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pegawai, anggota jangan bersekongkol sindiket dadah, jenayah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pegawai dan anggota diingatkan supaya tidak bersekongkol dengan sindiket dadah dan jenayah yang boleh mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam masa sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turut menekankan kepada isu integriti.

“Sehubungan dengan itu, Ketua jabatan diingatkan untuk meningkatkan penyeliaan kepada semua pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing,”katanya menerusi amanat kepada Ketua JSJN Negeri secara telesidang, semalam.

Perkara itu dikaitkan susulan kes jenayah kian meruncing kebelakangan ini dengan beberapa anggota polis turut terpalit sama dalam isu berkenaan terutamanya dalam hal melibatkan rasuah dan dadah.

Terbaharu, media sebelum ini melaporkan satu kes turut membabitkan polis berlaku di Kampung Wakaf Bata, Machang, Kelantan pada Jumaat apabila seorang anggota berpangkat lans koperal ditahan selepas dipercayai menjadi ‘dalang’ sindiket penyeludup mercun ke negara ini.

Advertisements

Difahamkan, suspek menutup mercun yang dimuatkan di bahagian belakang keretanya menggunakan kanvas dan hasil pemeriksaan lanjut menemui berpuluh ribu mercun bola, mercun roket, mercun bateri, mercun pop-pop dan pelbagai bunga api dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut menitipkan ucapan agar semua ketua jabatan terus komited dan ikhlas menjalankan tugas yang diamanahkan dan semoga JSJN terus cemerlang dalam membanteras dadah musuh nombor satu negara.

Untuk rekod, Ayob Khan diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 16 April depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan