31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sibu destinasi pelancongan termurah di Malaysia – Agoda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIBU di Sarawak merupakan destinasi pelancongan termurah di Malaysia untuk bulan ini dengan kadar penginapan yang kompetetif.

Pengarah Perkhidmatan Rakan Kongsi Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson berkata, penemuan itu adalah hasil daripada analisis data kadar purata bilik penginapan di destinasi-destinasi pelancongan pada April ini.

Katanya, turut tersenarai di kedudukan lima teratas di Malaysia adalah Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Taiping.

“Agoda telah menganalisis kadar purata bilik penginapan di destinasi-destinasi pelancongan pada bulan April. 

“Di Malaysia, Sibu, di negeri Sarawak adalah destinasi pelancongan yang paling berpatutan, dengan kadar purata bilik RM 136,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pelancongan termurah April
Sibu muncul destinasi pelancongan termurah di Malaysia dan dua termurah hasil kajian Agoda. – Foto: Agoda

Dalam pada itu beliau berkata, destinasi dengan kadar purata penginapan termurah di seluruh rantau Asia ialah Khon Kaen di Thailand, Sibu (Malaysia), Surakarta (Indonesia), Puri (India), Bacolod (Filipina), Ninh Binh (Vietnam), Chiba (Jepun), Gwangju (Korea Selatan), Kepulauan Kinmen (Taiwan) dan Brisbane (Australia).

Advertisements

“Dalam menelusuri 2023 dan cuti umum yang bakal menjelang di pelbagai rantau, ramai di antara kita sedang merancang masa rehat yang sewajarnya.

“Tetapi pada masa yang sama, dengan kos sara hidup yang sering dilaporkan di dalam berita di seluruh dunia, kami semua cuba untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan perbelanjaan kita. 

“Saya berharap tinjauan Agoda ini dapat membantu para pelancong menemui beberapa destinasi menarik dan menjimatkan kos dalam percutian yang dirancang,” katanya. 

Sementara itu beliau berkata, walaupun destinasi pelancongan yang disenaraikan merupakan harga termurah, lokasi-lokasi yang dikaji mempunyai banyak tawaran yang menanti pelancong dan tidak kurang juga tarikan yang tersembunyi. 

“Sebagai contoh, pantai yang meriah, taman tema yang mengujakan, tempat kerohanian yang suci dan pusat tumpuan penggemar makanan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan