33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

MOT luluskan 527 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 527 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri melibatkan enam syarikat penerbangan telah diluluskan Kementerian Pengangkutan (MOT).

MOT menerusi kenyataan berkata, enam syarikat berkenaan adalah enam syarikat iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASWings dan MYAirline.

Katanya, kelulusan yang dibuat menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) itu adalah 43 peratus lebih tinggi berbanding pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Sejak awal Mac lalu, MOT dan MAVCOM telah mengambil langkah proaktif dan mengalakkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menawarkan harga penerbangan berpatutan. 

“MAVCOM telah meluluskan semua permintaan kapasiti tambahan syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap ke destinasi-destinasi utama dalam Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebanyak 5,617 penerbangan sedia ada yang telah dijadualkan beroperasi dalam Semenanjung Malaysia, 2,149 antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak, serta 2,033 antara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Kesemua penerbangan tersebut akan dikendalikan oleh semua syarikat penerbangan dalam tempoh yang dinyatakan.

Malaysia Airlines (MAS) menawarkan 184 penerbangan tambahan, Batik Air (173), AirAsia (130), Firefly (18), MASwings (12) dan MYAirline (10).

Advertisements

Penerbangan tambahan itu melibatkan 118 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, penerbangan ke Tawau (70),  penerbangan ke Sandakan (32), penerbangan ke Kuching (102), penerbangan ke Sibu (34), penerbangan ke Miri (20) dan penerbangan ke Bintulu (14).

Sementara itu, MOT berkata, MAVCOM turut meluluskan penerbangan tambahan lain untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi dalam menangani peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan.

“Tiket tambang tetap tersebut telah dijual dengan pantas. Malah, tiket tambang biasa turut menyaksikan kadar pembelian yang tinggi dan membawa kepada peningkatan harga bagi tiket yang berbaki.

“Memandangkan syarikat penerbangan bajet telah menambah kapasiti tetapi mash tidak cukup untuk menampung permintaan yang tinggi, maka MOT dan MAVCOM telah melaksanakan intervensi yang seterusnya.

Dalam pada itu, susulan perbincangan bersama MAS, mereka bersetuju meningkatkan kapasiti penerbangannya. 

“Tambahan pada itu, 40 penerbangan berjadual MAS akan menggunakan pesawat berbadan lebar Airbus A330 (wide-body) bagi menampung permintaan bagi sektor Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. 

“Penambahan kapasiti in telah membantu dalam menurunkan harga tambang sebelum ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan