Thursday, July 23, 2026

Pengampunan Najib terletak pada budi bicara Agong – PM

Anwar akan anggotai Lembaga Pengampunan atas kapasiti Menteri Wilayah Persekutuan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN UMNO mempersembahkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menimbulkan konflik kepentingan kepada kerajaan.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses tersebut boleh dilakukan mana-mana pihak dan segala keputusan terletak pada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun katanya, beliau akan terlibat dalam ahli Lembaga Pengampunan kerana beliau menjaga portfolio Menteri Wilayah Persekutuan di bawah Perkara 42(5).

“Walaupun melalui proses dan saya ada dalam proses itu, namun akhirnya soal penganugerahan pingat dan pengampunan. 

“Itu budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan tidak perlu dibahas secara awam kerana proses itu mesti dilalui,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Rights To The City: Kita Untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam hari ini. 

Lembaga Pengampunan terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab (Perkara 42(11)) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik Agong.

Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab di bawah Perkara 42(11) itu adalah Menteri Dalam Negeri.

Kementerian Wilayah Persekutuan disusun semula pada Disember lalu dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) namun tiada jawatan bagi Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kabinet Anwar.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau enggan memberikan sebarang ulasan mengenai perkara tersebut kerana keputusan itu terletak di tangan UMNO.

“Saya tidak mahu menghalang sesiapa dalam perkara itu, tetapi apa sahaja proses di mahkamah adalah amat bebas, ia perlu dipatuhi dan dihormati.

“Akhirnya apa sahaja keputusan, ia adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong semata-mata,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan