32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Sabar yang dipecat, kami akan beri pembelaan – Shahidan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan “nama-nama” besar yang dipecat dari UMNO untuk terus bersabar.

Malah Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu turut memberi jaminan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) akan memberi pembelaan ke atas individu yang dipecat itu

“Sebuah parti tidak siuman sedang ghairah pecat orang. Sabar yang kena pecat. Kami akan beri pembelaan. Hidup PN,” katanya dalam Facebook hari ini.

Malam tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi mengesahkan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.

Kedua-dua mereka dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada PRU15 yang lalu, Shahidan pertama kali mewakili PN memperoleh kemenangan yang membanggakan apabila menewaskan calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman dan calon muda Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie dengan majoriti sebanyak 23,216 undi.

Baca juga:   Ebit Lew sewa pesawat hantar bantuan buat 'frontliner' di Sabah

Malah, Shahidan terlebih dahulu menjadi antara empat pemimpin UMNO yang digugurkan November lalu kerana bertanding mewakili parti lawan dan menjadi calon Bebas pada PRU-15.

Tiga yang lain ialah Datuk Seri Ismail Abd Muttalib bertanding di Parlimen Maran juga mewakili PN, manakala, dua lagi ahli yang bertanding atas tiket Bebas adalah Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Azhar Ahmad, masing-masing bertanding di Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.

Baca juga:   Tanggungjawab lebih besar, dari kemenangan yang dicapai

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur Speaker, gagal menjawab soalan

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat, hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan