26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Kes bunuh di Tawau: 8 pegawai, anggota ESSCOM ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Sabah mengesahkan lapan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) termasuk empat pegawai kanan ditahan berhubung kes bunuh seorang lelaki di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, penahanan itu bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, semua tangkapan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman berhubung kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Idris menyatakan masih terlalu awal untuk mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dibimbangi boleh mengganggu siasatan.

“Pihak media juga dipohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan mengenai isu keselamatan kerana kes ini lebih bersifat peribadi.

“Setakat ini, kes masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat selepas siasatan dilengkapkan,” katanya.

Baca juga:   'Over The Moon' kini dalam bahasa Melayu

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan semak di Tawau, dan dipercayai dibunuh.

Mayat lelaki dalam keadaan membengkak ditemukan di sebuah kawasan semak berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Turut ditemukan bersebelahan dengan mayat mangsa, Perodua Myvi putih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan