26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Qobin letak jawatan EXCO Pemuda UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan beliau melepaskan jawatan berkenaan serentak di peringkat Pusat dan bahagian Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan serta-merta.

Beliau berkata surat rasmi peletakan jawatannya akan diserahkan dalam masa terdekat.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat UMNO Malaysia yang bersama saya dalam perjuangan sejak 2018 hingga kini.

“Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kenyataan berkenaan, tidak dinyatakan punca keputusan terbabit dibuat, kecuali melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan terbaharu dalam UMNO yang didakwanya tidak lagi mengamalkan demokrasi.

Beliau dipercayai merujuk keputusan diumumkan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi yang memecat keahlian Khairy Jamaluddin dan Ahli MKT, Tan Sri Noh Omar.

Baca juga:   ROS minta tambahan masa, perlukan 8 dokumen tambahan

“UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO.

“Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami, tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menerusi hantaran dalam Facebook, Qobin menegaskan beliau menghormati parti dan berharap agar parti juga daoar menghormati keputusannya.

“Saya hormati parti dan hormati juga keputusan saya bersama… Allah masih ada… Musnah segalanya.. Terima Kasih.. Allah masih ada…,” katanya.

Baca juga:   'Bidadari syurga saya pergi buat selamanya' - Shuib

Malam tadi, selain Noh dan Khairy dipecat daripada UMNO, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan