27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hampir 14,000 mangsa banjir di tiga negeri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 13,827 mangsa banjir di tiga negeri iaitu Johor, Sabah dan Pahang terjejas bencana kini ditempatkan di 73 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,480 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 3,328 malam tadi dan ditempatkan di 35 PPS di beberapa daerah di negeri berkenaan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan Mersing kekal dengan jumlah mangsa paling ramai membabitkan 1,792 orang, diikuti Kluang (780), Kota Tinggi (417), Batu Pahat (209), Segamat (115) dan Tangkak (15).

Sementara itu, empat sungai di negeri berkenaan melepasi paras bahaya.

Sementara itu di SABAH, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat sedikit kepada 10,347 orang daripada 3,569 keluarga setakat 8 pagi ini, dan ditempatkan di 34 PPS di enam daerah, berbanding 10,312 mangsa daripada 3,564 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan JPBN Sabah, seramai 2,160 orang (795 keluarga) ditempatkan di sembilan PPS di Pitas, manakala 664 orang (187 keluarga) dipindahkan ke sembilan PPS di Paitan.

Di Tawau, 109 orang (24 keluarga) dipindahkan ke sebuah PPS dan di Telupid seramai 21 orang (lima keluarga) berlindung di dua PPS.

JPBN PAHANG pula melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin pagi ini kekal 353 orang daripada 106 keluarga dengan empat PPS masih beroperasi iaitu PPS Kampung Setajam menempatkan 165 mangsa, PPS Kampung Rekoh (122), PPS Balai Raya Bukit Lepas (40) dan PPS Balai Raya Kampung Denai (26).

BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan