26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Maulizan akui kadang kala tidak sehaluan dengan Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang menyatakan beliau reda terhadap keputusan digantung enam tahun oleh UMNO walaupun dirinya sangat sayang kepada parti yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Ujar beliau yang juga Ketua Komunikasi BN Johor, keputusan itu berkemungkinan disebabkan kesilapannya sendiri yang kadang-kala tidak sehaluan dengan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tak apalah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya doakan suatu masa nanti Umno akan dapat pulih semula dengan pemimpin dan kepimpinan yang diterima bukan saja oleh ahli parti tetapi diterima oleh pengundi dan rakyat kebanyakan.

“Semoga Umno dapat kembalikan semula roh perjuangan yang berlandaskan asas penubuhan parti iaitu untuk menjaga agama, membela bangsa seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan memajukan negara berbilang kaum yang tercinta ini.

Baca juga:   Penjawat awam terima RM700 bantuan Aidilfitri

“Saya mohon maaf kepada semua yang mengenali saya baik dalam parti atau pun di luar sekiranya sepanjang khidmat saya sebagai pemimpin kerdil ini terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang tak disengajakan mahupun kekurangan yang ada pada diri saya,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tidak dipanggil Lembaga Disiplin atau diberi peluang membela diri berhubung penggantungan enam tahun yang diputuskan terhadapnya.

Menurutnya, dia bermula dari peringkat cawangan dan bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dan menjadi ahli Umno selama 42 tahun.

Baca juga:   Ugut polis dalam Facebook, Diana Mat ditahan

Selain Maulizan, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Johor.Tempatnya digantikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Khaled Nordin.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan