29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

‘Pembersihan’ UMNO, hanya hasilkan lebih banyak kotoran – Annuar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa ‘pembersihan’ yang dilakukan UMNO akan hanya menghasilkan lebih banyak kotoran kerana punca sebenar kotoran masih kekal berpaut dalam parti.

Ujarnya yang kini merupakan Presiden Muafakat Nasional (MN) itu, rakyat telah memberi isyarat, namun malangnya ‘mereka’ masih ‘in denial’ (penafian).

Menurut beliau, ‘mereka’ lebih gemar menyalahkan rakyat dan pengundi dan semua orang lain kecuali diri mereka sendiri.

“Mereka (merujuk kepada individu tertentu) bangga memonopoli kuasa dalam parti, menunggang parti berasaskan neratif palsu yang mereka reka sendiri.

“Biarpun parti semakin hancur akibat kerja dan tunggangan mereka. They created lies (mereka mencipta penipuan) and finally they believe in their own lies (dan akhirnya mereka percaya penipuan mereka sendiri).

“Dan sesiapa yang cuba berkata yang benar,itu semua akan di gelar pengkhianat. Mereka mahu semua orang berwirid dengan neratif palsu mereka,” katanya dalam Facebook hari ini.

Annuar menasihatkan untuk membiarkan mereka itu dalam dunia mereka kerana dakwanya rakyat sudah pun meninggalkan mereka.

“Malah tiba masanya ahli akan turut meninggalkannya beramai ramai… Berilah UMNO kepada mereka untuk mereka jadikan perisai peribadi dan perniagakan sebagai syarikat Sendirian Bhd mereka.

“Perjuangan tetap kita teruskan, cara kita. Insya- Allah. Kepada sahabat sahabat yang berjuang dan cuba untuk berkata benar dan memperbaiki parti dari terus rosak, syabas saya ucapkan,” katanya.

Malah, beliau turut menasihatkan agar semua bertenang dan sabar.

“Memecat orang yang tidak bersependapat adalah cara paling mudah untuk seseorang kekal berkuasa. Percayalah, berkata benar itu mahal harganya. Dan ingatlah, jika pun mereka kini berkuasa, masih ada yang lebih tinggi kuasanya,” katanya.

Ujarnya lagi, parti itu ciptaan manusia dan ia hanya alat untuk berjuang dan ia bukan satu matlamat.

“Jika baik pimpinannya, maka betul dan baiklah perjuangannya. Jika salah pimpinan, asas dan matlamat sudah dibuang jauh, tersasarlah perjuangan.

“Bila itu berlaku, maka tidak perlulah terlalu berdukacita jika tiada lagi di dalamnya.Malah pasti ada hikmah nya.

“Insya-Allah, banyak lagi ikhtiar ada di hadapan kita… yang penting kita kekal berperinsip, berani berkata benar dan sentiasa berjuang demi asas dan matlamat perjuangan yg betul. Demi Islam, Bangsa dan Tanahair,” katanya.

Malam tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi mengesahkan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.

Kedua-dua mereka dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15).

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan