29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Shahidan mahu bertanding atas tiket parti lain

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Shahidan Kassim tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan tiket parti lain selepas tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN).

Mendedahkan perkara itu, Shahidan yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Arau berkata, beliau telah menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain.

Bagaimanapun, beliau masih belum memuktamadkan platform parti politik bakal diwakilinya.

“Saya menerima banyak lamaran, semua parti ada. Warisan (Parti Warisan) ada, PN ada, sebab calon boleh menang tiba-tiba BN tolak, mereka berebutlah.

“Saya calon boleh menang, saya akan bertanding.Tiket apa itu nombor dua. Paling penting, saya tanya cawangan-cawangan akan bertanding atas tiket apa.

“Pada dasar mereka memilih parti yang menggerak ke arah muafakat nasional,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisements

Pengumuman calon BN malam tadi menyaksikan Shahidan digugurkan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Menurut Shahidan, beliau masih belum mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti tersebut namun pihak berkenaan sudah maklum tentang apa yang berlaku terhadapnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak meninggalkan UMNO walaupun mahu bertanding atas tiket parti lain pada PRU-15, namun sudah sedia untuk dipecat susulan tindakannya itu.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menganggap ketiadaan namanya bertanding di kerusi yang dimenangi dalam empat pilihan raya umum lalu sebagai satu ‘berita sedih’ bagi bahagian tersebut.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” kata beliau sehari sebelum pengumuman calon BN.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan