34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Perpaduan ummah semakin diterima hebat – Shahidan

Kerusi Parlimen Padang Serai yang disandang PH selama tiga penggal berjaya dirampas PN dengan majoriti 16,260

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENANGAN calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai disifatkan sebagai satu semboyan perpaduan ummah semakin diterima dengan hebat. 

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, PN berjaya merampas kerusi tersebut yang disandang Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dengan majoriti besar. 

“Tahniah kepada rakyat P.017 Parlimen Padang Serai kerana memilih Perikatan Nasional.

“Menang dengan majoriti sebanyak 16,260 undi adalah satu siren kebangkitan bahawa perpaduan ummah semakin diterima dengan hebat dan dahsyatnya! Penyatuan dan perpaduan ummah untuk semua!,” katanya dalam Facebook, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, kerusi Parlimen Padang Serai yang disandang PH selama tiga penggal berjaya dirampas PN sekali gus menjadikan 14 kerusi Parlimen dikuasai PN di Kedah pada PRU15. 

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin yang menerima 51,637 undi diumumkan sebagai pemenang selepas mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi. 

Dua calon yang menarik diri, Datuk C. Sivaraj daripada Barisan Nasional (BN) dan calon Parti Warisan, Mohd. Bakhri Hashim masing-masing turut mendapat 2,983 dan 149 undi.

Dalam PRU-15 lalu, Shahidan yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis bertanding atas tiket PN di Arau selepas tidak dicalonkan oleh BN.

Dengan kemenangan di Padang Serai, PN kini mengumpul 74 kerusi di Parlimen, termasuk 22 kerusi yang dimenangi atas lambang Pas di Kelantan dan Terengganu.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan