29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Polis terima 220 laporan skim penipuan pelaburan Zuttelo

Skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lepas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lepas.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menyiasat sindiket berkenaan yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan itu di seluruh negara sejak dua tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak tahun 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini.

“Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5 peratus sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net dan diberi pilihan sama ada melabur dalam bentuk wang tunai atau mata wang kripto.

Baca juga:   Najib kekal antara calon di Pekan, tiada nama anak Najib

Noorsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada serta melaksanakan semakan yang lebih terperinci dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan”katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa, sindiket penipuan pelaburan tersebut sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 bilion dalam tempoh dua tahun lepas. – BERNAMA

Baca juga:   Perayaan semai semangat perpaduan, PM ucap selamat TBC

Wartawan

Terkini

PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga...

Lagi Artikel Berkaitan