26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

56 set tren LRT laluan Kelana Jaya mula operasi suku ketiga 2023

Laporan punca insiden penutupan 16 stesen LRT selama seminggu pada awal bulan lepas akan siap dua minggu lagi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 56 set tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka akan mula beroperasi secara berperingkat pada suku ketiga 2023, bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan dari lima kepada tiga minit.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, ketika ini sebanyak 38 set tren LRT beroperasi pada waktu puncak.

“Prasarana diminta mempercepatkan proses penyelenggaran set tren LRT dengan kekerapan perkhidmatan lima minit.

“18 lagi tidak dapat beroperasi kerana sedang menjalani proses penyelenggaran.

“Untuk mencapai kekerapan perkhidmatan tiga minit itu, saya telah minta Prasarana mempercepatkan proses penyelenggaran.

“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih kekalkan perkhidmatan lima minit, tapi itu tidak bermakna ia statik. Kalau ada tren tambahan kita akan percepatkan kekerapan secara berkala,”katanya dalam sidang media di Prasarana Malaysia Berhad hari ini.

Kata beliau, perkhidmatan LRT akan lebih stabil menjelang bulan Jun 2023 malah tiada lagi isu perkhidmatan tergendala.

Advertisements

Dalam pada itu, ketika ditanya pengalaman menggunakan perkhidmatan LRT ketika waktu puncak pada Isnin lepas, Ahli Parlimen Seremban itu menyatakan rasa tidak puas hati.

Beliau berkata, itu sebabnya sidang media ini diadakan dan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan terus diberikan perhatian serius dari semasa ke semasa.

“Masalah itu sedang diambil tindakan dan saya akan pantau secara peribadi dari masa ke masa,”katanya.

Sementara itu, beliau berkata, laporan punca insiden penutupan 16 stesen LRT selama seminggu pada awal bulan lepas akan siap dua minggu lagi.

“Saya sudah minta Prasarana untuk buat laporan itu secara terbuka kepada orang ramai supaya rakyat tahu apa puncanya sehingga 16 stesen terpaksa ditutup.

“Apakah punca masalahnya dan apakah pelan tindakan yang sedang dan akan diambil untuk pastikan perkhidmatan itu lancar dan tidak tergendala,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan