32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia temui 4 syarikat gergasi, usaha tarik pelabur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers di New York, Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.

Kerajaan Perpaduan juga akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Perbincangan tersebut turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Kadir serta wakil agensi dari MIDA dan Matrade.

Perdana Menteri berkata, beliau juga telah mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Profesor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia.

Advertisements

“Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk kami bertukar-tukar pandangan terkait keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama, khususnya di dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.

“Kami turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemapanan.

“Pendidikan yang lebih menyeluruh juga perlu diberi tumpuan, demi bina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan,”katanya.

Anwar berkata, idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan