25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Malaysia akan buka semula Kedutaan Besar di Baghdad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia akan membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani dalam pertemuan di New York hari ini.

Menurutnya, dalam pertemuan itu kedua-dua pihak juga bersetuju supaya Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq yang tertangguh sekian lama bersidang semula dalam masa terdekat.

“Ia akan menjadi platform dalam berbincang dan merangka skop kerjasama lebih mendalam antara Malaysia dan Iraq dalam pelbagai sektor.

“Ini terutama ekonomi, pendidikan, hubungan udara, dan pelancongan, selain meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua pemimpin juga berkesempatan bertukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Iklim, TYT John Kerry.

Sementara itu, dalam pertemuan berasingan, Anwar berkata, beliau juga turut berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Iklim, TYT John Kerry.

“Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing saat ini.

“Saya turut sampaikan hasrat Malaysia untuk terus bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat bagi mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan manusia,”katanya.

Anwar kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-78. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan