28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kemampuan Pas hanya di SG4 – Mohd Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMAMPUAN Pas hanya di kerajaan empat negeri (SG4) sahaja dan masih kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi parti itu mesti keluar dari tempurung.

Dalam masa sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu juga turut bersetuju dengan pendapat Khairy Jamaluddin mengenai perkara itu.

“Kita tidak pernah dengar pemimpin Pas berdialog di Harvard Business Club, Council on Foreign Policy USA atau Nikkei Jepun.

“Menurut KJ (Khairy) ada pemimpin Pas tolak jemputan dari Yusof Ishak Institute Singapura.

Advertisements

“Setakat hadir seminar di Timur Tengah tidak memadai. Itu pun Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) tidak berfungsi sebagai wakil khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri. Dia gagal bantu tambah kuota haji,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Lebih teruk lagi, kata Mohd Puad, pemimpin Pas takut berdialog di arena antarabangsa khususnya dengan pemimpin perniagaan dan media antarabangsa.

“Kemampuan Pas hanya tersekat di SG4 sahaja. Pas tidak cukup kemampuan untuk jadi peneraju negara,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dalam podcast Keluar Sekejap kelmarin yang melihat pendedahan pemimpin Pas di peringkat antarabangsa masih tidak mencukupi.

SG4 merujuk kepada empat negeri ditadbir Pas iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM80,000 guna kelengkapan komunikasi tidak sah

SEORANG usahawan didenda sebanyak RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, kerana menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu SMS...

Lagi Artikel Berkaitan