30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Messi sah tinggalkan PSG, mahu kembali ke Barca

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi sah akan meninggalkan kelab gergasi Perancis itu akhir musim ini selepas dua musim di Paris.

Penyerang Argentina itu mahu kembali beraksi untuk kelab lamanya, Barcelona namun kelab Catalan itu terpaksa ‘berperang’ dengan La Liga untuk memastikan mereka boleh berbelanja musim panas ini.

Messi dijangka turun beraksi untuk kali terakhir mengenakan jersi PSG apabila dijadualkan menentang Clermont Foot esok di Parc des Princes.

Juara dunia itu dilaporkan telah ditawarkan kontrak oleh kelab Arab Saudi, Al Hilal sementara Inter Miami milik David Beckham turut menyatakan minat.

Bagaimanapun, pemain berusi 35 tahun itu cenderung untuk kembali ke Nou Camp yang mana Messi memenangi 21 kejuaraan utama, enam trofi Ballon d’Or sepanjang 17 tahun di Catalan.

Advertisements

Sementara itu, Barcelona kini berada dalam pengawasan La Liga dalam beberapa tahun ini susulan masalah kewangan yang dihadapi mereka.

Kelab tersebut kini perlu menyediakan pelan ekonomi yang menyeluruh sebelum mendapat lampu hijau daripada La Liga bagi mendapatkan bintang Argentina itu.

Barcelona baru-baru ini mengumumkan akan melepaskan kapten, Sergio Busquet dan pemain lagenda, Jordi Alba sebagai langkah mengurangkan bayaran gaji yang tinggi.

Khamis lalu, Barcelona menafikan laporan yang menyatakan mereka dihalang daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah (UCL) kerana melanggar syarat kewangan yang ditetapkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akmal kekal luar Kabinet selagi UMNO belum dapat kepercayaan

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berpendirian untuk terus kekal berada di luar Kabinet selagi partinya belum mendapat kepercayaan...

Lagi Artikel Berkaitan