26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Beckham pecat Neville susulan prestasi hambar Miami

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAVID Beckham terpaksa membuat keputusan sukar apabila memecat bekas rakan sepasukan yang juga pengurus Inter Miami, Phil Neville susulan prestasi hambar dipamerkan kelab Liga Bolasepak Amerika Syarikat (MLS) itu.

Pengumuman pemecatan Neville diumumkan kelab berpangkalan di Miami itu malam tadi yang menyaksikan jodoh bekas pemain Manchester United dan Everton itu hanya dua musim sahaja.

Beckham yang merupakan pemilik bersama Miami berkata, beliau menghargai kerja keras dan komitmen yang dipamerkan Neville sepanjang mengendali kelab.

Katanya, bekas rakan sepasukannya itu telah memberikan yang terbaik dan menunjukkan kualiti kejurulatihan dan berkongsi ilmu kepada pemain Miami dengan baik namun keputusan perlawanan adalah segalanya.

“Kadangkal dalam bola sepak, kita perlu membuat keputusan yang sukar dan dengan rasa sedih saya fikir kami perlukan perubahan.

“Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih atas kerja keras dan semangat yang diberikan kepada kelab dan beliau merupakan seorang yang berintegriti,” katanya.

Sementara itu, Nevilla turut mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepadanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemilik-pemilik Miami kerana meletakkan kepercayaan dan menjadikan saya sebahagian daripada projek ini.

“Saya bersyukur diberikan peluang menjadi sebahagian daripada kelab, melihatnya berkembang dan berharap Miami akan berjaya pada masa depan,” ujar Neville.

Media melaporkan, bekas pengurus Atlanta United, Tata Martino merupakan calon utama bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Neville.

Martino juga pernah mengendalikan Barcelona dan kini bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi dikaitkan dengan perpindahan ke Miami. – Edisi 96

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan