29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agrico Qatar berminat minyak sawit Malaysia – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar, Agrico Agriculture Development W.L.L. (Agrico Qatar) berminat mendapatkan bekalan minyak sawit mentah Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook berkata, bekalan tersebut adalah untuk kilang penapisan minyak kelapa sawit milik syarikat itu di negara ini.

“Agrico telah memaklumkan berkenaan cadangan untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan minyak kelapa sawit milik Agrico di Malaysia. 

“MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Kerajaan Negeri Selangor sedang menyelaraskannya. 

“Produk ini seterusnya akan menjadi produk-produk berkualiti tinggi yang berpotensi di-eksport ke Qatar, Tanzania, Afghanistan, India, dan negara-negara di rantau Asia Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Agrico Qatar, Ahmed Hussain Al-Khalaf dan Duta Qatar ke Malaysia, Salah Mohammed Al-Sorour.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkukuhkan jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Qatar serta mengalu-alukan syarikat dari Qatar meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di negara ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Agrico Qatar merupakan satu-satunya syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar yang mengguna pakai teknologi terkini secara mampan. 

“Melalui kaedah ini, Agrico berjaya menghasilkan kira-kira 3,000 tan metrik sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti sepanjang tahun, memenuhi sekurang-kurangnya 90 peratus permintaan pasaran tempatan.

“Pada 2023, Agrico Qatar melalui Agrico (M) Sdn. Bhd. mensasarkan untuk melaksanakan projek dalam tiga sektor iaitu penapisan minyak sawit, pertanian dan keselamatan makanan dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.5 hingga RM2.0 bilion,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan