29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

SSI dipilih lokasi perlawanan akhir Piala FA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

STADIUM Sultan Ibrahim dipilih sebagai lokasi penganjuran perlawanan akhir Piala FA selepas hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) pembida tunggal yang menawarkan diri sebagai penganjur.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berkata, pengesahan lokasi itu dibuat selepas proses biadaan ditutup pada pukul 5 petang pada 24 Mei lalu.

Katanya, pemilihan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan untuk final Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai ini.

“SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober jadi MFL tidak dapat menggunakan stadium itu bagi final Piala FA kali ini. 

“MFL juga tidak dapat menangguhkan perlawanan itu memandangkan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat dalam tempoh itu dengan pusingan akhir perlawanan Liga Super, permulaan kedua-dua Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup 2023.

Advertisements

“Juga terdapat tarikh-tarikh penting melibatkan tugasan antarabangsa pasukan kebangsaan, pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC yang bermula September hingga Disember depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sepanjang tempoh bidaan pada 19 hingga 24 Mei lalu, hanya JDT mengemukakan permohonan sementara tiada sebarang bidaan diterima MFL daripada kelab lain atau memohon lanjutan tempoh bidaan meskipun peringatan sudah diberikan kepada semua kelab.

MFL berkata, bagi melayakkan bidaan, kelab dan lokasi perlawanan yang dinamakan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan MFL seperti yang termaktub di dalam Manual Liga Malaysia 2023.

“Berikutan tiada bidaan diterima daripada kelab lain selain JDT maka MFL mengesahkan bahawa SSI telah dipilih sebagai venue Perlawanan Akhir Piala FA 2023.

“Bagaimanapun, sebarang perubahan berkenaan pemilihan lokasi perlawanan akhir Piala FA 2023 tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan