25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas PRU-15

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELBAGAI tawaran kerjasama bagi menyertai Kerajaan Perpaduan kepada Pas selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tawaran tersebut memang wujud dan ditawarkan melalui orang tengah atau ‘broker’ parti politik tanpa menyebut siapa pemimpin yang menawarkan kerjasama tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pelawaan itu hanya dibuat selepas pilihan raya sahaja dan beliau tidak menerima sebarang tawaran terbaharu.

“Memang banyak broker yang datang jumpa saya, tapi (pemimpin utama) tak nak mengaku (berkenaan tawaran yang diberikan).

“Ia (tawaran) dibuat selepas pilihan raya. Yang terbaru tak adalah,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Terengganu International Summit 2023 (TIS2023) di Kuala Terengganu hari ini.

Advertisements

Abdul Hadi baru-baru ini mendakwa terdapat individu yang menghubunginya mengajak berjumpa bagi mempelawa Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Dakwanya, tawaran berkenaan muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyedari kedudukannya goyah dan jumlah kerusi Melayu dalam parti berkenaan tidak banyak.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menafikannnya. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan, Pas kekal dengan pendirian menolak Kerajaan Perpaduan kerana melihat gabungan itu didominasi oleh golongan bukan Islam.

“Oleh itu, kita menolak sebarang tawaran kerjasama dengan kerajaan sekarang sebaliknya akan terus perkasakan Perikatan Nasional (PN) dan mengajak pihak lain bersama kerana kita semakin mendapat tempat di hati rakyat, mendominasi isu-isu rakyat,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan