24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KKM bincang SOP baharu COVID-19 – Zaliha

Mesti Baca

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membincangkan satu garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berikutan penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementerian mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang pengumuman dengan mengambil kira Malaysia yang masih ditetapkan di bawah Kawasan Jangkitan Tempatan yang berakhir 30 Jun ini.

“Jadi, pada pertengahan Jun nanti kita akan meneliti SOP dan lihat bagaimana kita boleh membuat kemas kini daripada situ,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kuala Lumpur Wellness City (KLWC) di Bukit Jalil, hari ini.

KLWC merupakan projek perbandaran khas pertama dibina di Asia Tenggara bagi memupukan gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM11 bilion merangkumi lebih 10.72 hektar tanah.

Advertisements

Projek itu menampilkan ekosistem lengkap untuk kesejahteraan dan kesihatan seperti The Nobel Healthcare Park, Hospital Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIH), makmal inovasi, fasiliti penyelidikan klinikal dan pembangunan, menara pejabat penjagaan kesihatan, pusat peranginan pesara, hab penjagaan kesihatan dan taman berasaskan kecergasan.

Beliau berkata, pindaan terhadap SOP berkenaan termasuk membabitkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam.

“Kita perlu melihat sama ada trend kes kerana ini sesuatu yang kita tidak boleh jangka, contohnya kita mungkin berdepan lonjakan kes ketika musim perayaan jadi kita perlu menguruskannya, dan selepas itu barulah kita putuskan,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan