24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Malaysia kekal destinasi terbaik mesra Muslim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengekalkan pencapaian sebagai destinasi pelancongan terbaik mesra Muslim dan destinasi terbaik wanita Muslim.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pencapaian tersebut adalah berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CrescentRating 2023 yang diumumkan hari ini.

Selain itu, katanya, Malaysia juga disahkan mengekalkan kedudukan teratas dalam carta ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ dalam laporan GMTI.

“Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan yang mengukuhkan lagi kedudukan dan penjenamaan Malaysia sebagai peneraju segmen pelancongan Islam serta pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim di peringkat antarabangsa.

“Pelancong Muslim adalah pasaran yang semakin berkembang dalam industri pelancongan dengan populasi umat Islam dianggarkan mencecah 2 bilion di seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kadar pemulihan pelancongan Islam di peringkat global juga memberangsangkan apabila mencatatkan 110 juta ketibaan pelancong Muslim pada tahun lalu, mencapai 68 peratus prestasi prapandemik.

Advertisements

“Malaysia turut mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya menarik seramai 2.12 juta pelancong Muslim ke negara ini pada tahun lalu dengan jumlah perbelanjaan pelancong Muslim sebanyak RM5.37 bilion. 

“Perkembangan ini menunjukkan keinginan dan kemampuan pelancong Muslim untuk menyemarakkan lagi sektor pelancongan antarabangsa negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, usahawan dan pemain industri tanpa mengira agama dan bangsa, digalakkan mengembangkan tawaran khidmat mesra-Muslim sebagai satu nilai tambah (value added). 

“Mereka juga digalakkan menyertai kursus-kursus dan program di bawah ITC, antaranya kursus Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) yang terbuka kepada pemandu pelancong berlesen tempatan.

“Program Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) memberi peluang pengembangan perniagaan kepada rakyat Malaysia menerusi industri Pelancongan Islam yang kini berkembang pesat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan