32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pastikan pemaju sediakan rumah mampu milik – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) diminta meneliti semula syarat kepada pemaju perumahan bagi menyediakan kediaman mampu milik dalam setiap projek mega yang dibangunkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana syarat 30 peratus pembinaan rumah mampu milik yang ditetapkan kerajaan tidak dipatuhi pemaju.

“Ini memang dasar sedia ada, tetapi ia tidak menepati dari segi kelajuan dan skala yang ditetapkan.

“Sebab itu saya minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk melihat semula dan mengenakan syarat baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani Dalur, di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Kerajaan mewajibkan pemaju perumahan swasta untuk membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah mampu milik dalam projek perumahan mega sejak 1981.

Sementara itu, Anwar berkata, pematuhan kepada syarat yang ditetapkan secara tidak langsung membantu golongan berpendapatan sederhana mampu memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata, ini kerana golongan berpendapatan sederhana ketika ini berdepan isu pemilikan rumah dan sekiranya kuota 30 peratus itu dapat dilaksanakan, itu sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi permasalah tersebut. 

Anwar berkata pembinaan rumah mampu milik amat bermakna kepada golongan berpendapatan sederhana kerana isu pemilikan rumah merupakan masalah yang menekan golongan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan